BAKISKA

Pertubuhan ini di kenali dengan nama Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia. Nama singkatannya ialah BAKISKA. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja yang beragama Islam.
Matlamat:
---Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
---Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
---Menumpu kegiatan kebajikan Islam dikalangan kakitangan di Jabatan Kastam Malaysia.

Muat turun borang di sini.
Borang Keahlian
Borang Tuntutan

Bakiska Photo Album
Flickr Web Album
Picasa Web Album

Monday, December 28, 2009

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Bakiska Cawangan Pulau Pinang

Sekitar Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan BAKISKA cawangan Pulau Pinang di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Jaya pada 17 Nov 2009

Seminar Pelajar Cemerlang

Seminar Pelajar Cemerlang telah diadakan dengan jayanya di USM Pulau Pinang. Seminar di hadiri oleh anak-anak pegawai kastam sekitar Pulau Pinang. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada anak-anak agar dapat menjadi pelajar cemerlang yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara.

Sunday, December 27, 2009

Program Jati Diri JKDM Pulau Pinang bersama KEDA

Program Pendampingan Khidmat Masyarakat KEDA bersama Badan Kebajikan Islam (BAKISKA) Pulau Pinang telah diadakan pada 23 Dec 2009 (Rabu) bertempat di Desa KEDA Keledang Baling Kedah. Objektif Program adalah untuk mengeratkan lagi tali Silatulrahim di antara warga Kastam bersama masyarakat, membantu golongan yang kurang berkemampuan dan meringankan bebanan mereka disamping mempamerkan sebahagian kegiatan BAKISKA Pulau Pinang.Perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA Tuan Haji Mohd Arpan Bin Shaari. Ceramah motivasi dan sukaneka juga telah diadakan.

Makan Malam & Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Bakiska Malaysia

Sekitar Majlis Makan Malam & Mensyuarat Agung Dwi-Tahunan BAKISKA
pada 23 - 25 NOv 2009

Assalamualaikum... Selamat Datang...

Selamat datang ke blog Badan Kebajikan Islam Kastam
Cawangan Pulau Pinang