BAKISKA

Pertubuhan ini di kenali dengan nama Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia. Nama singkatannya ialah BAKISKA. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja yang beragama Islam.
Matlamat:
---Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
---Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
---Menumpu kegiatan kebajikan Islam dikalangan kakitangan di Jabatan Kastam Malaysia.

Muat turun borang di sini.
Borang Keahlian
Borang Tuntutan

Bakiska Photo Album
Flickr Web Album
Picasa Web Album

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WA-SHAHLAN RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA BAKISKA

Thursday, July 29, 2010

PROGRAM JATI DIRI

PROGRAM JATI DIRI JKDM PULAU PINANG
'BAKSKA............. GO GREEN 2010"
Pada 22 Julai 2010 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang dgn kerjasama Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jati Diri "BAKISKA.... Go Green 2010" bertempat di Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang. Program telah di sertai seramai lebih 100 orang warga Kastam. Program telah diramikan oleh Datok Haji Matrang Bin Hj Suhaili (Pengarah Kastam Negeri).Okjektif Program adalah untuk mengeratkan tali silatul rahim sesama warga Kastan dan juga sebagai riadah untuk kesihatan diri dan seterusnya mempamirkan sebagian dari kegiatan BAKISKA.Pada keseluruhanya Program ini telah berjaya dengan mendapat sambutan yang amat baik dari semua peringkat warga kastam serta mendapat sokongan padu dari Pengarah Kastam sendiri.

Koleksi Photo disini

Friday, June 11, 2010

CERAMAH AGAMA & QIAMULLAIL

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni (Ceramah Agama & Qiamullail) anjuran bersama JKDM Pusat, JKDM Pulau Pinang, BAKISKA Pulauc Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah diadakan pada 21-22 Mei 2010 bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program yang dirasmikan oleh Tuan HajiSaarin Bin Osman (Timb. Pengarah Kastam Negeri Bahagian Cukai Dalam Negeri) telah di hadiri oleh 500 orang Warga Kastam dan penduduk sekitar. Ceramah Perdana telah disampaikan oleh Al Faqdzil Ustaz Jamnul Azhar Bin Mulkan dan Qiamullail pula di pimpin oleh Al Fazdil Ustaz Izat Hambali Bin Hamzah. Semuga dengan adanya program seperti dapat melahirkan modal insan yang teguh keimanan dalam menghadapi cabaran yang mendatang, mendekatkan semua kearah mencintai ilmu keagamaan walau dimana jua berada dan mempertingkatkan keimanan, takut dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Koleksi Photo disini.

Sunday, May 2, 2010

Program Jasamu Dikenang

Pada: 30 April 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pelabuhan Selatan, Bagan Ajam
Majlis ini dihadiri oeh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan AJK BAKISKA Cawangan Pulau Pinang dan juga dihadiri oleh Tuan Zaini Bin Desa (Ketua Cawangan Pelabuhan Selatan). Pegawai yang diraikan ialah Sdr Hj. Sulaimin Bin Rashad, Tuan Badrul Hisham Bin Adam dan Puan Asiah Bt Hashim.
Terima kasih diatas sumbangan tuan-puan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti BAKISKA Cawangan Pulau Pinang. Segala sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit yang tuan-puan laburkan akan mendapat Rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.. InyaAllah.
Koleksi photo klik disini.

Sunday, April 25, 2010

Majlis Forum Perdana

Majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan di padang bola Perumahan Kastam Gelugor Pulau Pinang pada 10 April 2010 jam 9.30 malam. Majlis dianjurkanbersama oleh JKDM Pulau Pinang, BAKISKA Pulau Pinang, Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Gelugor dan AJK Surau Perumahan Kastam Gelugor. Lebih kurang 800 orang yang hadir terdiri dari warga kastam dan keluarga dan penduduk sekitar Seberang Prai dan Pulau Pinang. Forum Perdana betajuk 'Dunia Dikilik Akhirat Dijunjung' telah disampaikan oleh ahli panel terdiri dari Al-Fadzil Ustaz Sheikh Hj Ahmad Faisol B. Hj Omar, Al-Fadzil Ustaz Hj Mohd Isa B. Hj Abdul Rahman dan Al-Fadzil Ustaz Zulkefli B. Ahmad (Pengerusi Forum)
Objektif Program:
1. Melahirkan modal insan sebagai hamba Allah SWT yang teguh keimanan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang didalam duni globalisasi ini.
2. Mendekatkan semua lapisan manusia kearah mencintai ilmu keagamaan walau dimana jua berada.
3. Mempertingkatkan keilmuan, memperkukuhkan keimanan dan membina jati diri yang mantap kearah melahirkan semua lapisan manusia berintegeriti tinggi, takut dan bertakwa kepada Allah SWT.

Koleksi Photo disini.

Friday, April 9, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada 16 Mac 2010 BAKISKA dengan kerjasama JKDRM telah mengadakan Program Penerapan Nilai Murni. Lawatan sambil belajar ke kilang bertaraf "Islamic Manufacturing Practice (IMP) ia itu HPA Industries SDN BHD di Jalan Jejawi Dalam, Arau, Perlis. Tujuan program seperti ini adalah untuk:
-Memberi pendedahan kepada ahli BAKISKA mengenai urusan dan operasi kilang bertaraf IMP.
-Mendekatkan ahli BAKISKA kepada produk keluaran Islam yang 'Halalan Toyyiban', bersih, suci dan selamat.
-Mendidik ahli mengutamakan serta menggunakan produk keluaran Islam

Lihat koleksi photo.

Tuesday, January 12, 2010