BAKISKA

Pertubuhan ini di kenali dengan nama Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia. Nama singkatannya ialah BAKISKA. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja yang beragama Islam.
Matlamat:
---Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
---Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
---Menumpu kegiatan kebajikan Islam dikalangan kakitangan di Jabatan Kastam Malaysia.

Muat turun borang di sini.
Borang Keahlian
Borang Tuntutan

Bakiska Photo Album
Flickr Web Album
Picasa Web Album

Tuesday, March 15, 2011

Program Back To School

Program 'Back To School' telah didakan pada 4 Disember 2010 bertempat di Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Ucapan aluan telah sampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ishak Bin Ahmad (Pengarah Kastam Negeri Kedah) dan juga oleh Zahari Azar Zainudin (Ketua Bahagian National Single Widow Dagang Net Technologies Sdn Bhd)
Badan KebajikanIslam Kastam Malaysia (BAKISKA) ingin merakamkan selaut ucapan perhargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan 'Program Back to School' ini:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd.
(Selaku Penganjur Utama)

BAKISKA Cawangan Negeri Kedah
(Selaku tuan rumah program)

BAKISKA Cawangan Negeri Pulau Pinang
BAKISKA Cawangan Negeri Perlis

Program ini melibatkan Ibu/Bapa Tunggal dan anak-anak yatim Warga JKDM, yang mana mereka telah menerima sumbangan untuk memulakan persekolahan pada tahun 2011 nanti. Anak-anak yatim ini telah di bawa membelibelah peralatan dan pakaian persekolahan. Ceramah motivasi anak-anak dan ibu bapa juga telah diadakan, penyampai adalah Ustaz Hj Ramli Bin Hj Safie (Mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan).

No comments:

Post a Comment