BAKISKA

Pertubuhan ini di kenali dengan nama Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia. Nama singkatannya ialah BAKISKA. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja yang beragama Islam.
Matlamat:
---Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
---Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
---Menumpu kegiatan kebajikan Islam dikalangan kakitangan di Jabatan Kastam Malaysia.

Muat turun borang di sini.
Borang Keahlian
Borang Tuntutan

Bakiska Photo Album
Flickr Web Album
Picasa Web Album

Thursday, November 24, 2011

Forum Perdana Ehwal Islam

Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ' AMANAH DAN KEBERKATAN' telah dadakan pada 11 Nov 2011 (Jumaat) bertempat di Dewan Seminar Pulau Jerejak, Kompleks Kastam Seberang Jaya. Ahli panel terdiri dari Al-Fadzil Ustaz Haji Mohd Isa bin Abd Rahman, Al-Fadzil Ustaz Tuan Sheikh Haji Yusuf bin Ahmad dan Ustazah Rohayati Bt Daud. Program anjuran bersama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang dan Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) ini telah dihadiri oleh lebih 300 kakitangan dan keluarga kastam.Semuga forum seperti ini dapat mempertingkatkan keilmuan, memperkukuhkan keimanan dan membina jatidiri yang mantap kearah melahirkan warga kastam khasnya dan semua manuasia amnya berintegriti tinggi, takut dan bertakwa kepada Allah SWT.

Pengerusi dan Ahlic Jawatankuasa Program merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada semua piihak serta individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Koleksi photo disini.

No comments:

Post a Comment