BAKISKA

Pertubuhan ini di kenali dengan nama Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia. Nama singkatannya ialah BAKISKA. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja yang beragama Islam.
Matlamat:
---Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
---Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
---Menumpu kegiatan kebajikan Islam dikalangan kakitangan di Jabatan Kastam Malaysia.

Muat turun borang di sini.
Borang Keahlian
Borang Tuntutan

Bakiska Photo Album
Flickr Web Album
Picasa Web Album

Tuesday, March 15, 2011

Program Jadi Diri Bersama Masyarakat Orang Asli

Program jati Diri JKDM Pulau Pinang Bersama Masyarakat Orang Asli telah diadakan pada 17 - 18 Dis 2010, bertempat di Perkampungan Orang Asli, Sungai Raba, Air Banun, Gerik, Perak. Program adalah anjuran bersama JKDM Pulau Pinang, BAKISKA Pulau Pinang dan JAKIM Malaysia. Seramai lebih 300 orang telah menyertainya termasuk Keluarga Orang Asli. Program telah diresmikan oleh Datuk Abd Aziz Bin Abd Latif (Pengarah Kastam Negeri Perak).Pengisian program:
1. Sumbangan makan kepada Orang Asli
2. Sumbangan alat tulis persekolahan kepada anak-anak Orang Asli
3. Ceramah Motivasi
4. Gotong royong bersama masyarakat orang Asli
5. Perletakan Papan Tanda Surau

Objektif Program:
1. Untuk mengeratkan tali silatulrahim di antara warga kastam dan masyarakat Orang Asli.
2. Membantu gulongan Orang Asli yang kurang berkemampuan dan meringankan bebanan mereka.
3. Melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sekadar yang mampu.

Keseluruhan program ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang baik juga menggalakan dari semua pihak warga orang asli, warga kastam dan pihak JAKIM.

Koleksi Photo disini

Program Back To School

Program 'Back To School' telah didakan pada 4 Disember 2010 bertempat di Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Ucapan aluan telah sampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ishak Bin Ahmad (Pengarah Kastam Negeri Kedah) dan juga oleh Zahari Azar Zainudin (Ketua Bahagian National Single Widow Dagang Net Technologies Sdn Bhd)
Badan KebajikanIslam Kastam Malaysia (BAKISKA) ingin merakamkan selaut ucapan perhargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan 'Program Back to School' ini:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd.
(Selaku Penganjur Utama)

BAKISKA Cawangan Negeri Kedah
(Selaku tuan rumah program)

BAKISKA Cawangan Negeri Pulau Pinang
BAKISKA Cawangan Negeri Perlis

Program ini melibatkan Ibu/Bapa Tunggal dan anak-anak yatim Warga JKDM, yang mana mereka telah menerima sumbangan untuk memulakan persekolahan pada tahun 2011 nanti. Anak-anak yatim ini telah di bawa membelibelah peralatan dan pakaian persekolahan. Ceramah motivasi anak-anak dan ibu bapa juga telah diadakan, penyampai adalah Ustaz Hj Ramli Bin Hj Safie (Mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan).

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WA-SHAHLAN RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA BAKISKA

Thursday, July 29, 2010

PROGRAM JATI DIRI

PROGRAM JATI DIRI JKDM PULAU PINANG
'BAKSKA............. GO GREEN 2010"
Pada 22 Julai 2010 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang dgn kerjasama Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jati Diri "BAKISKA.... Go Green 2010" bertempat di Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang. Program telah di sertai seramai lebih 100 orang warga Kastam. Program telah diramikan oleh Datok Haji Matrang Bin Hj Suhaili (Pengarah Kastam Negeri).Okjektif Program adalah untuk mengeratkan tali silatul rahim sesama warga Kastan dan juga sebagai riadah untuk kesihatan diri dan seterusnya mempamirkan sebagian dari kegiatan BAKISKA.Pada keseluruhanya Program ini telah berjaya dengan mendapat sambutan yang amat baik dari semua peringkat warga kastam serta mendapat sokongan padu dari Pengarah Kastam sendiri.

Koleksi Photo disini

Friday, June 11, 2010

CERAMAH AGAMA & QIAMULLAIL

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni (Ceramah Agama & Qiamullail) anjuran bersama JKDM Pusat, JKDM Pulau Pinang, BAKISKA Pulauc Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah diadakan pada 21-22 Mei 2010 bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program yang dirasmikan oleh Tuan HajiSaarin Bin Osman (Timb. Pengarah Kastam Negeri Bahagian Cukai Dalam Negeri) telah di hadiri oleh 500 orang Warga Kastam dan penduduk sekitar. Ceramah Perdana telah disampaikan oleh Al Faqdzil Ustaz Jamnul Azhar Bin Mulkan dan Qiamullail pula di pimpin oleh Al Fazdil Ustaz Izat Hambali Bin Hamzah. Semuga dengan adanya program seperti dapat melahirkan modal insan yang teguh keimanan dalam menghadapi cabaran yang mendatang, mendekatkan semua kearah mencintai ilmu keagamaan walau dimana jua berada dan mempertingkatkan keimanan, takut dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Koleksi Photo disini.

Sunday, May 2, 2010

Program Jasamu Dikenang

Pada: 30 April 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pelabuhan Selatan, Bagan Ajam
Majlis ini dihadiri oeh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan AJK BAKISKA Cawangan Pulau Pinang dan juga dihadiri oleh Tuan Zaini Bin Desa (Ketua Cawangan Pelabuhan Selatan). Pegawai yang diraikan ialah Sdr Hj. Sulaimin Bin Rashad, Tuan Badrul Hisham Bin Adam dan Puan Asiah Bt Hashim.
Terima kasih diatas sumbangan tuan-puan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti BAKISKA Cawangan Pulau Pinang. Segala sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit yang tuan-puan laburkan akan mendapat Rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.. InyaAllah.
Koleksi photo klik disini.

Sunday, April 25, 2010

Majlis Forum Perdana

Majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan di padang bola Perumahan Kastam Gelugor Pulau Pinang pada 10 April 2010 jam 9.30 malam. Majlis dianjurkanbersama oleh JKDM Pulau Pinang, BAKISKA Pulau Pinang, Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Gelugor dan AJK Surau Perumahan Kastam Gelugor. Lebih kurang 800 orang yang hadir terdiri dari warga kastam dan keluarga dan penduduk sekitar Seberang Prai dan Pulau Pinang. Forum Perdana betajuk 'Dunia Dikilik Akhirat Dijunjung' telah disampaikan oleh ahli panel terdiri dari Al-Fadzil Ustaz Sheikh Hj Ahmad Faisol B. Hj Omar, Al-Fadzil Ustaz Hj Mohd Isa B. Hj Abdul Rahman dan Al-Fadzil Ustaz Zulkefli B. Ahmad (Pengerusi Forum)
Objektif Program:
1. Melahirkan modal insan sebagai hamba Allah SWT yang teguh keimanan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang didalam duni globalisasi ini.
2. Mendekatkan semua lapisan manusia kearah mencintai ilmu keagamaan walau dimana jua berada.
3. Mempertingkatkan keilmuan, memperkukuhkan keimanan dan membina jati diri yang mantap kearah melahirkan semua lapisan manusia berintegeriti tinggi, takut dan bertakwa kepada Allah SWT.

Koleksi Photo disini.